Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Kita adalah Saudara

We are Family!. Saudara, sejauh mana aku mengenali mu. sejauh mana aku memahami tingkahlaku mu, akhlakmu, dan keikhlasanmu, sejauh itu juga aku mulai merasai kemesraan bersahabat,  dalam menjalin ikatan persaudaraan. Saudara, dalam setiap gerak dan langkah kaki ku, selalu bertemankan ingatan kasih seorang sahabat, yang aku anggap sebagai seorang saudara, tidak kira usia dan bangsa, kerana kita adalah saudara. Saudara, mengertilah ketika aku memberi senyuman kepadamu, ketika aku cuba untuk menghiburkan hatimu, sebenarnya aku senang untuk melihatmu tertawa dan gembira, tidak berniat untuk aku melukakan hatimu, juga tidak terniat untuk melupakan mu saudaraku. Saudara, biarlah aku dihina, dikeji, dipinggirkan dan dikecewakan, daripada melihat diri seorang saudara yang dikasihi, diperbuat sedemikian rupa di depan mata, cuma izinkan aku meminta satu perkara agar, janganlah diputuskan ika...

Getar dengan Cabaran?

Cabaran! sanggup atau tidak sebenarnya bergantung dari diri kita untuk menghadapinya, sesetengah orang akan melarikan diri, takut untuk berdepan dengan sesuatu yang bernama RISIKO. Andai hidup di dunia ini tanpa cabaran, bagaimanakah keadaannya? banyak benda di dunia ini tidak berubah, hidup tanpa saingan. Boleh anda fikirkan? tiada istilah hebat dan berani pada diri seorang manusia. Sedangkan semua makhluk yang hidup di dunia ini pada saat ini dan ketika ini masing-masing berdepan dengan cabaran, bukan saja anda, saya tetapi mereka juga. Bersyukurlah. Tiap-tiap perjalanan yang kita lalui memang akan bertemu dengan tidak lain dan tidak bukan iaitu sebuah CABARAN. Terfikirkah kita, dengan hari-hari yang berlalu seperti semalam? bukankah semalam segala perkara yang berlaku pada masa lepas terkandung 1001 cabaran. Pernah terfikirkah kita akan hari ini kita masih mampu diberi kehidupan oleh Tuhan Yang Esa. Ertinya kita masih mampu menangganinya. Kita berjaya melalui ca...

Percaya?

Percaya atau tidak? sama seperti soalan, Ya atau tidak? perasan atau tidak kita semua kena akui ianya satu perkataan atau ayat yang sama. Di manakah nilai kepercayaan di dunia, khususnya pada hari ini. mungkin apa yang saya katakan pada masa ini terlalu besar skopnya. Lalu saya kecilkan lagi melalui "Dimanakah nilai kepercayaan pada diri kita di saat ini?" Terlalu sukar untuk menjelaskan kepada setiap orang, mana satu yang patut kita percayai dan mana satu yang patut kita jauhi atau tidak percayai. Benarkah, tindakan kita untuk mempercayai seseorang bergantung kepada faktor kepercayaan dalam diri kita. Pernahkah kita memikirkannya? Mudahnya kita memberi 100% kepercayaan kepada orang lain, sebegitu juga mudahnya nilai dinding kepercayaan kita dibolosi oleh perkara diatas sebentar tadi. Sama berfikir, Sama beringat =)

Tangguh dan tangguh...

Tangguh dan tangguh.. Manusia suka menangguh? dalam setiap perkara yang dilakukan, jarang dapat dihabiskan kesemuanya dengan sempurna. Kesempurnaan tidak seindah rupa jika manusia tidak terlepas dari sikap suka MENANGGUH.. *Ini ada kaitan dengan visualisasi tidak dapat di'cipta' dengan sempurna di dalam fikiran maka matlamat langsung tidak terhasil.