Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2022

Apple

Bismillah Antara buah Epal dengan buah Oren, aku suka buah Oren tapi bukan ini yang aku mau cerita. jus epal dalam kotak ni masih berisi, aku minum separuh sebelum tidur menyapa, malam sebelum aku bertolak ke Kota Kinabalu. biarpun penat dari jalan darat ahad lepas belum lagi hilang aku kumpul juga tenaga untuk menghormati majlis keluarga pada hari semalam. petang hari ini selepas membersihkan diri dan menunaikan yang wajib aku baring menghadap jus epal yang masih setia di atas bantal. apa selama 1 hari lebih aku tinggalkan adakah ianya masih edible untuk aku minum? bimbang kalau ada binatang kecil yang masuk, bimbang rasa sudah berubah kerana faktor udara yang boleh mencemarkan lagi kandungan air tersebut, dan lain-lain. kalau ikutkan logik fikiran minuman yang sudah terdedah dan dibiarkan semalaman patut kita buang dan tidak diminum lagi. aku tukarkan metafora air kotak yang terdedah ini dengan perasaan. perasaan yang telah ditebuk, perasaan yang telah dirasa masam dan ma...