Bismillahirrahmanirrahim 2 Sept 2011, Kota Kinabalu - Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.. sob3.. sedih juga, hari raya tak sampai lima di jari.. sudah berangkat ke kampus. Semua ini, demi tanggungjawab sebagai salah satu pelajar yang bertugas mengurus hari kemasukan pelajar baru ke kampus sesi 2011/2012. Menongkat dagu sambil berfikir, apa yang akan berlaku sebelum, semasa dan selepas Minggu Suai Mesra.. sebenarnya tarikh-tarikh tersebut sudah pun dilalui. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. biasalah ada pelbagai perkara yang boleh diambil sebagai kenangan serta pengalaman, tidak kisahlah jika ianya bercampur dengan konflik serta krisis yang sememangnya semulajadi untuk dijalani. Apa-apapun, tanggungjawab serta amanah yang diberikan harus ditunaikan dengan cekap serta berkualiti. Oleh itu, pada tahun/semester ini keluarga Unit Publisiti dan Kewartawanan membuat transformasi dari sudut penyebaran bahan berita yang mutakhir khususnya kepada Generasi-Y saat i...
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]