Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa zaman di bangku sekolah, cikgu pernah kata yang satu daripada kaki kita berada di dalam sekolah manakala satu kaki lagi masih tergantung di atas pagar. Maksud yang cuba cikgu sampaikan adalah seseorang murid yang mempunyai cita-cita untuk belajar di Universiti perlu berusaha lebih untuk meletakkan kedua-dua kaki (takdir) di menara gading. Oleh kerana itu, maka admin pun berusaha bersungguh-sungguh demi untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah kedua-dua kaki sudah berjaya dijejakkan di zaman kampus, pelbagai ilmu digali dan ragam manusia yang dipelajari tidak kurang pada yang sebaliknya insyaAllah di sempadankan. Setelah zaman kampus sampai ke minit penghujungnya. Hati berbicara, akal mencerna akan maksud yang tersirat daripada hikmah yang cikgu sampaikan sebelum ini. Maksud tersurat telah diketahui malah dijalani, tapi kemudian bagaimana dengan langkah seterusnya. Akan adakah maksud tersirat daripada 'Kisah Kaki'...
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]