Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2022

Bintang

Semalam membawa ingatan kepada malam² yang sebelumnya dan malam² yang berikutnya.  Bermula dengan camping, kemudian aktiviti tambahan night walk seterusnya stargazing. Salah satu ahli night walk membuka aplikasi "jejak bintang".  Tarikh 26 Mac 2022, dalam banyaknya bintang di langit malam itu terpampanglah satu bintang yang tidak asing bagi aku.  Biarpun mata hampir layu pada jam 1.55 pagi menemani rakan baru yang berkongsi cerita mengenai pengalaman hidup. Namun ceritanya mengenai kenalan barunya yang hampir setahun iaitu seorang nurse di luar daerah mengingatkan aku kepada bintang tersebut dan perbualan antara kami berlanjutan hingga ke jam 3.04 pagi. Dan masa itu juga aku menjadi segar bugar setelah melihat gambar yang ditunjukkan. "Bertuahnya". Pagi itu aku berulang-ulang mengucapkan kalimat yang sama.  Dari pada cerita rakan tersebut aku cuba mencari perbezaan yang membuatkan situasi aku dan si bintang yang makin jauh berbanding dia yang...