Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 28, 2010

Ibu Bapa

Ma dan Ba, saya sayang sangat kepada mereka. Pernah satu saat yang lalu saya mengecilkan hati kedua ibu bapa saya, berburuk sangka kepada mereka, merendahkan mereka malah bosan kepada mereka. Bila difikirkan kembali alangkah berdosanya saya, alangkah kejam dan zalimnya saya mempunyai perasaan sebegitu kepada kedua insan yang banyak berkorban buat saya di dunia ini. Apalah salah mereka sehinggakan saya sanggup berbuat perkara sebegitu kepada mereka. Ma dan Ba, anak yang ditatang sehingga dewasa ini telah banyak melakukan dosa kepada kamu berdua, telah banyak perkataan yang keluar telah menghiris perasaan kalian, namun anak ini sentiasa engkau ampuni. Maafkan anak mu ini Ibu dan Bapa ku. Tidak pernah terlintas akan jasa dan pengorbanan yang telah engkau curahkan kepada kami. Menjaga anak-anak mu sehingga masing-masing tamat alam persekolahan. Seorang demi seorang anakmu meninggalkan mu wahai Ibu Bapa ku. Cuma linangan air mata di hati saja dan Tuhan itu Maha Mengetahui....