Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2013

Syukur Ya Allah

sepanjang bekerja di SS04, banyak ragam yang admin temukan. gaya, emosi malah fizikal manusia sehinggakan ragam ini sepertinya tayangan di televisyen. Kadang mencuit hati tak kurang dengan menyayat hati... insan yang kurang upaya merupakan permata yang istimewa dalam kalangan masyarakat, lahir dalam bentuk sedemikian tidak membuatkan mereka menjauh daripada masyarakat yang lain, buktinya mereka dengan sendirinya datang memasuki kedai SS04 membeli dan membayar di kaunter admin. Allah... sayu hati ini, menitis air mata di hati namun admin mesti gagahkan diri kerana mereka tidak meminta simpati, mereka hanya memerlukan reaksi yang neutral iaitu sama seperti kita melayani rakan-rakan dan keluarga kita. Siapakah mereka di mata admin ; mereka yang Bisu mereka yang Buta mereka yang tidak punya Tangan dan Kaki mereka yang Kerdil mereka yang Sumbing mereka yang Juling namun ada juga gol. yang memerlukan sokongan khusus mereka yang Sindrom Down mereka yang mengidap Barah me...