sepanjang bekerja di SS04, banyak ragam yang admin temukan. gaya, emosi malah fizikal manusia sehinggakan ragam ini sepertinya tayangan di televisyen. Kadang mencuit hati tak kurang dengan menyayat hati...
insan yang kurang upaya merupakan permata yang istimewa dalam kalangan masyarakat, lahir dalam bentuk sedemikian tidak membuatkan mereka menjauh daripada masyarakat yang lain, buktinya mereka dengan sendirinya datang memasuki kedai SS04 membeli dan membayar di kaunter admin.
Allah... sayu hati ini, menitis air mata di hati namun admin mesti gagahkan diri kerana mereka tidak meminta simpati, mereka hanya memerlukan reaksi yang neutral iaitu sama seperti kita melayani rakan-rakan dan keluarga kita.
Siapakah mereka di mata admin ;
mereka yang Bisu
mereka yang Buta
mereka yang tidak punya Tangan dan Kaki
mereka yang Kerdil
mereka yang Sumbing
mereka yang Juling
namun ada juga gol. yang memerlukan sokongan khusus
mereka yang Sindrom Down
mereka yang mengidap Barah
mereka yang mengidap AIDS
mereka yang Obesiti
mereka yang Cacat Akal
Ya Allah...
kami bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami
Ya Allah...
Engkau berikanlah kesihatan, kebahagian serta keberkatan hidup kepada golongan di atas.
Ampuni dosa-dosa kami...
Izinkan untuk kami masuk ke Jannah-Mu dan
Berikanlah kami pengakhiran hidup yang baik
Syukur Ya Allah