Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum. Alhamdulillah, harini 11 Syawal 1433H Selamat Hari Raya buat semua rakan2 pembaca. Entri kali ni berkenaan raya bersama famili. Dalam kita bersuka ria menyambut lebaran pada bulan Syawal ini. Ada juga famili dan saudara seislam kita yang memikul beban kerana sakit, perang dan kebuluran. Justeru itu, tidak hairanlah jika orang tua berpesan kepada anak-anak muda supaya sentiasa mensyukuri pemberian yang diberikan kepada kita seperti Malaysia yang aman, kesihatan badan, makanan yang cukup dan lain-lain. Sambil-sambil sakan dengan ronda-ronda raya ada juga yang mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah berjalan dengan menonton cerita kegemaran di televisyen. Generasi Y seperti SNR juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan tayangan ulangan di http://www.tonton.com.my/ . Cerita apa? Siapa minat cerita Boboiboy angkat tangan? hehehe.. jangankan SNR, Pakcik Abu Kasim b. Ahmad Kasim yang berumur 55 tahun pun tengok cerita ni (...
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]