Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, harini 11 Syawal 1433H Selamat Hari Raya buat semua rakan2 pembaca. Entri kali ni berkenaan raya bersama famili. Dalam kita bersuka ria menyambut lebaran pada bulan Syawal ini. Ada juga famili dan saudara seislam kita yang memikul beban kerana sakit, perang dan kebuluran. Justeru itu, tidak hairanlah jika orang tua berpesan kepada anak-anak muda supaya sentiasa mensyukuri pemberian yang diberikan kepada kita seperti Malaysia yang aman, kesihatan badan, makanan yang cukup dan lain-lain. Sambil-sambil sakan dengan ronda-ronda raya ada juga yang mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah berjalan dengan menonton cerita kegemaran di televisyen. Generasi Y seperti SNR juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan tayangan ulangan di http://www.tonton.com.my/. Cerita apa?
Siapa minat cerita Boboiboy angkat tangan? hehehe.. jangankan SNR, Pakcik Abu Kasim b. Ahmad Kasim yang berumur 55 tahun pun tengok cerita ni (Tak Percaya?) tengok episod 19&20 Boboiboy Siri 1 (B1). Episod ni memang sudah lepas tapi SNR belum habis tonton B1. Episod Akhir B1 memang TERBAIK! Selain daripada grafik keseluruhan dan jalan cerita yang menarik, inilah satu-satunya Cerita Animasi Malaysia yang paling TERBAIK DI ALAF 21. SNR juga berimaginasi Boboiboy dikeluarkan dalam bentuk GAME, sebab tak sabar nak beli Play Station. Watak yang paling disukai dalam cerita ini ialah Yaya dan BOBOIBOY GEMPA (Giler Cool!).
Bak Slogan Papa Zola : "Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran"
P/S : Baru tahu penyanyi untuk lagu intro cerita Boboiboy ialah Burn AF
~~~TERBAIK RAYA~~~
(^_^)
(^_^)