Indah sungguh bila cinta kita terbalas...
Indah bila kita dapat mengungkapkan..
Indah juga bila dapat menghayati erti cinta sebenar...
Apa dia maksud cinta sebenar?
Cinta yang sejati hanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Cinta abadi hingga ke syurga kepada kedua Ibu bapa kita.
Hayatilah erti cinta sebenar dalam lirik nasyid di bawah:
Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com/
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
...
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]