Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, pada hari khamis (10 Mei 2012) untuk kali ke-2 nya selamat tiba ke Kuala Lumpur (KL), lokasi perfileman KL Gangster hehehe..melalut pula kan, tapi aku suka tonton filem aksi arahan Syamsul Yusof sebab memang superb ! Perjalanan melintas sempadan laut china selatan ni berlandaskan niat untuk mendapatkan ilmu dan juga pengalaman khasnya dalam menambah kemahiran sebagai bakal pengamal perhubungan awam kelak, insyaAllah. Tarikh 10 Mei -24 Mei 2012 dipilih sebagai tarikh projek akhir Lawatan Kerja Dan Amal pelajar tahun 3 Program Komunikasi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS). 7 hari di semenanjung Malaysia (KL dan Selangor) kemudian kami bertolak ke Jakarta selama 6 hari seterusnya melanjutkan perjalanan pulang semula ke Malaysia (Genting, Pahang) dan akhirnya kembali ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu. bersambung...