Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Ibu Bapa

Ma dan Ba, saya sayang sangat kepada mereka. Pernah satu saat yang lalu saya mengecilkan hati kedua ibu bapa saya, berburuk sangka kepada mereka, merendahkan mereka malah bosan kepada mereka. Bila difikirkan kembali alangkah berdosanya saya, alangkah kejam dan zalimnya saya mempunyai perasaan sebegitu kepada kedua insan yang banyak berkorban buat saya di dunia ini. Apalah salah mereka sehinggakan saya sanggup berbuat perkara sebegitu kepada mereka. Ma dan Ba, anak yang ditatang sehingga dewasa ini telah banyak melakukan dosa kepada kamu berdua, telah banyak perkataan yang keluar telah menghiris perasaan kalian, namun anak ini sentiasa engkau ampuni. Maafkan anak mu ini Ibu dan Bapa ku. Tidak pernah terlintas akan jasa dan pengorbanan yang telah engkau curahkan kepada kami. Menjaga anak-anak mu sehingga masing-masing tamat alam persekolahan. Seorang demi seorang anakmu meninggalkan mu wahai Ibu Bapa ku. Cuma linangan air mata di hati saja dan Tuhan itu Maha Mengetahui....

Langit malam, bulan dan bintang.

malam  ini sama seperti malam-malam yang lalu angin,  bintang,  bulan, dan awan yang putih tersembunyi di dalam pekat gelap malam langit tidak berseri jika bulan sepi sendiri kadang sebutir bintang saja cukup untuk menggembirakan hati sang bulan bila datang bintang yang banyak berkumpul di tepi si bulan sebutir bintang saja yang masih terang kerlipannya namun sang bintang tersebut jauh daripada kelompok bintang  yang berada di tepi sang bulan ianya cuma dekat pabila si bulan tinggal bersendirian tetapi setianya sang bintang tidak lama  tidak seperti setianya sang bulan kerana sang bulan sentiasa hadir biarpun ditutup oleh awanan putih yang kian gelap mengikut warna sang langit malam andai saja sang bintang yang bersinar tersebut menghilang untuk beberapa masa...

kebetulan yang dihindari

suhu badan makin menaik bila difikir-fikirkan bagaikan tiada gunanya apalah sangat dengan kebetulan yang suatu masa dahulu aku mengandaikan ia sebagai suatu keajaiban yang terbaik untuk diriku tidak serikkah aku? atau masih tidak mengerti? bingung....binggung.... apa yang sebenarnya yang aku harapkan sebenarnya. tidak cukupkah aku melihat segala keindahan alam dengan kebahagian insan disekelilingmu? tapi kenapa hati, kenapa aku merasakan bagai batu yang menghempap hati beratnya sehingga aku tidak mampu berdiri dan tersenyum pada batiniahnya. aku merasakan aku sedang menipu pada dunia tetapi tidak pada Dia lidah ku tidak henti-henti memohon maaf kepada Tuan Pencipta Diri. Ampuniku Ya Allah Bantulah aku Ya Allah.

Ingatkah kau lagi?

Cebisan Kenangan Album : Kiasan Naluri Munsyid : Amar http://liriknasyid.com ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu ingatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi Sumber  http://kaze-vm.tk

Perubahan diri

Aku merenung diri perhatian ku tertumpu kepada anak mata seterusnya ke dalam perasaan aku sendiri Syukur Alhamdulillah biarpun perubahan pada hari ini berlaku dalam keadaan yang sedikit demi sedikit namun Allah membantu hamba-Nya untuk meneruskannya. Beberapa tahun yang lalu... Bangun pagi tanpa kesal, lewati subuh tanpa hiba. bangun dengan niat dengan yang salah mencari cinta pada manusia melanggari batas hukum Allah dengan berpegang pada nafsu semata Jiwa yang ku anggap tenang sebenarnya jauh dari jalan yang lurus bagi aku kunci ketenangan adalah makna kebebasan aku merayau mencari rakan yang "sejiwa" jika mereka dimarahi  aku sanggup mempertahankan tidak pernah terlintas perkara ini adalah sia-sia Kini Baru aku sedar perbuatan ku dulu bersama mereka yang ku anggap sebagai teman sejati sambil menyimpan, menyatakan, dan meluahkan perasaan mengikut n...

Pengajaran demi pengajaran...

Salam, Sedarlah wahai diri engkau sedang diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang menimpa diri usah kau ragu dengan setiap ujian yang diberikan dari Tuhan Mu Mengertilah wahai diri hati selalu merindui ungkapan ampun dari ilahi betapa sukarnya untuk di akui kerana ujian amat menghiris hati Air mata mu biarlah tumpah depan Tuhan Mu bukan di depan manusia Sabarlah wahai diri kerana setiap perkara yang dihadapi biarpun perit dan sakitnya sekali jangan kau pendam sendirian kerana ada yang memerhati iaitu Cinta Sejati.

Terbalaskah cintaku?

Indah sungguh bila cinta kita terbalas... Indah bila kita dapat mengungkapkan.. Indah juga bila dapat menghayati erti cinta sebenar... Apa dia maksud cinta sebenar? Cinta yang sejati hanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta abadi hingga ke syurga kepada kedua Ibu bapa kita. Hayatilah erti cinta sebenar dalam lirik nasyid di bawah: Kerana Cinta Album : Kerana Cinta Munsyid : In-Team, Mestica http://liriknasyid.com/   cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan fitrah insani dan di mana terciptalah cinta di situ rindu bermula cinta itu tak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala semua kerana cinta yang pahit manis di rasa menghibur nestapa merawat duka damai di jiwa terpadamlah api benci permusuhan terjalinlah kasih sayang begitulah cinta  yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan ...

Kita adalah Saudara

We are Family!. Saudara, sejauh mana aku mengenali mu. sejauh mana aku memahami tingkahlaku mu, akhlakmu, dan keikhlasanmu, sejauh itu juga aku mulai merasai kemesraan bersahabat,  dalam menjalin ikatan persaudaraan. Saudara, dalam setiap gerak dan langkah kaki ku, selalu bertemankan ingatan kasih seorang sahabat, yang aku anggap sebagai seorang saudara, tidak kira usia dan bangsa, kerana kita adalah saudara. Saudara, mengertilah ketika aku memberi senyuman kepadamu, ketika aku cuba untuk menghiburkan hatimu, sebenarnya aku senang untuk melihatmu tertawa dan gembira, tidak berniat untuk aku melukakan hatimu, juga tidak terniat untuk melupakan mu saudaraku. Saudara, biarlah aku dihina, dikeji, dipinggirkan dan dikecewakan, daripada melihat diri seorang saudara yang dikasihi, diperbuat sedemikian rupa di depan mata, cuma izinkan aku meminta satu perkara agar, janganlah diputuskan ika...

Getar dengan Cabaran?

Cabaran! sanggup atau tidak sebenarnya bergantung dari diri kita untuk menghadapinya, sesetengah orang akan melarikan diri, takut untuk berdepan dengan sesuatu yang bernama RISIKO. Andai hidup di dunia ini tanpa cabaran, bagaimanakah keadaannya? banyak benda di dunia ini tidak berubah, hidup tanpa saingan. Boleh anda fikirkan? tiada istilah hebat dan berani pada diri seorang manusia. Sedangkan semua makhluk yang hidup di dunia ini pada saat ini dan ketika ini masing-masing berdepan dengan cabaran, bukan saja anda, saya tetapi mereka juga. Bersyukurlah. Tiap-tiap perjalanan yang kita lalui memang akan bertemu dengan tidak lain dan tidak bukan iaitu sebuah CABARAN. Terfikirkah kita, dengan hari-hari yang berlalu seperti semalam? bukankah semalam segala perkara yang berlaku pada masa lepas terkandung 1001 cabaran. Pernah terfikirkah kita akan hari ini kita masih mampu diberi kehidupan oleh Tuhan Yang Esa. Ertinya kita masih mampu menangganinya. Kita berjaya melalui ca...

Percaya?

Percaya atau tidak? sama seperti soalan, Ya atau tidak? perasan atau tidak kita semua kena akui ianya satu perkataan atau ayat yang sama. Di manakah nilai kepercayaan di dunia, khususnya pada hari ini. mungkin apa yang saya katakan pada masa ini terlalu besar skopnya. Lalu saya kecilkan lagi melalui "Dimanakah nilai kepercayaan pada diri kita di saat ini?" Terlalu sukar untuk menjelaskan kepada setiap orang, mana satu yang patut kita percayai dan mana satu yang patut kita jauhi atau tidak percayai. Benarkah, tindakan kita untuk mempercayai seseorang bergantung kepada faktor kepercayaan dalam diri kita. Pernahkah kita memikirkannya? Mudahnya kita memberi 100% kepercayaan kepada orang lain, sebegitu juga mudahnya nilai dinding kepercayaan kita dibolosi oleh perkara diatas sebentar tadi. Sama berfikir, Sama beringat =)

Tangguh dan tangguh...

Tangguh dan tangguh.. Manusia suka menangguh? dalam setiap perkara yang dilakukan, jarang dapat dihabiskan kesemuanya dengan sempurna. Kesempurnaan tidak seindah rupa jika manusia tidak terlepas dari sikap suka MENANGGUH.. *Ini ada kaitan dengan visualisasi tidak dapat di'cipta' dengan sempurna di dalam fikiran maka matlamat langsung tidak terhasil.

Hargailah

Hargailah apa-apa yang ada di atas muka bumi ini terutamanya kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan kita. Kasih mereka mempunyai pertalian perasaan yang kuat dan dapat kita rasai sekiranya kita mengHARGAInya tapi masih banyak diantara kita yang hanya mampu dapat merasainya setelah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang berharga... Berharga apabila sudah ditinggalkan atau hilang dari pandangan mata. Hati yang begitu istimewa ini saja yang tidak mampu menolak perasaan tersebut, namun masih ada lagi kita yang menunjukkan rasa angkuh untuk mengaku yang semua benda di dunia ini perlu diHARGAI. Hargailah... sebelum ianya tiada.

Hopeless..

Boleh terjadi apabila ianya tidak menjadi kenyataan, begitu kan? kecewa... tapi harus bersyukur mungkin selepas ini kita akan mendapat lebih baik daripada benda yang kita inginkan itu, Jangan bersedih dan jangan menangis. Tidak salah untuk kita mencuba tapi biarlah masanya bersesuaian bukan main semborono sahaja. Dunia ini juga penuh dengan harapan setiap orang yang hidup di atasnya. Sesetengahnya berjaya memenuhi harapan tersebut. akhir sekali mari kita renungkan kaitan antara harapan dan nasib.

Pemimpin Baru

Impian dan cita-cita ku, tercapai atau tidak ia harus bermula daripada sekarang. Sentiasa berserah kepada-Nya. Itu aku pasti! aku masih tidak tahu kelebihan yang terdapat pada diriku. aku hanya dapat melihat fizikal ku melalui cermin, luaran dan dalaman sukar untuk aku pastikan mana satu yang punya akan 'daya kelebihan' yang setiap orang atau masing-masing mempunyainya. Mereka berkata aku 'cekap' dalam bertutur, tapi sebenarnya aku minat dengan penulisan. menulis dari apa yang aku fikirkan... Aku mengaku, mengaku yang aku selalu berfikir, jarang untuk mengingati dan selalu terlupa. Nampak sangat aku menceritakan kelemahan ku pada kamu yang membaca ni kan. Seumur hidupku aku jarang untuk memiliki kejayaan. Pernah satu ketika aku berada di atas (beberapa tahun yang lalu). tapi 'wajah muda', 'bara jiwa', dan 'deria ajaib' yang aku miliki. sudah tidak ada lagi. Namun semua kisah tersebut sudah aku tutup, walaupun ia m...

Pertama buat Induksi PSM

Pertama? Hari pertama? Ya... Hari pertama mengikuti induksi pembimbing suai mesra (psm). setengah jam sebelum pukul 5 aku sudah menjejak kaki ke dalam UMS buat semester yang ketiga. agak berat juga hati ketika meninggalkan. Yalah, bukan selalu dapat balik rumah tapi aku punya tugas sama seperti kedua ibu bapaku, rakan-rakan dan semua manusia yang ada dalam dunia ini.. penat untuk aku memikirkan nasib yang bagaimana lagi yang akan aku "cipta" buat semester ini di universiti nanti. Aku mengharapkan peningkatan pada sem ini. Berbalik pada tajuk di atas, ini merupakan kali pertama aku mengikuti program ini sebagai 'pembimbing'. Senyum gila..bila teringat baru tahun lalu aku menjadi peserta, sekarang pembimbing, insyaAllah tahun depan jadi fasi pula( perasan kan (",) ) apapun selamat malam DUNIA!.

Sehari sebelum esok...

Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia kepada anda yang sudi melawat blog ni. seperti yang saya yang nyatakan di atas ia berkaitan dengan hari ini. Mungkinkah hari ini saya sudah melakukan yang terbaik dari hari semalam, yang pasti, saya sentiasa ingin melakukan yang terbaik.Setiap masa dan setiap hari tapi ada sahaja yang kurangkan (",) Dalam setiap pekerjaan atau perkara yang kita lakukan pasti ada yang terlalai, terlupa, terleka dan macam-macam jenis ter... Yang pasti perkara yang kita lakukan hari ini ada kaitannya dengan diari semalam, begitu juga dengan hari-hari yang mendatang pastinya datang daripada kejadian yang lalu lagi malu untuk kita merubahnya pada hari ini. Sentiasa hargai masa yang kita ada. (Sama berfikir, Sama beringat).