tercapai atau tidak ia harus bermula daripada sekarang.
Sentiasa berserah kepada-Nya.
Itu aku pasti!
aku masih tidak tahu kelebihan yang terdapat pada diriku.
aku hanya dapat melihat fizikal ku melalui cermin,
luaran dan dalaman sukar untuk aku pastikan mana satu yang punya akan
'daya kelebihan' yang setiap orang atau masing-masing mempunyainya.
Mereka berkata aku 'cekap' dalam bertutur,
tapi sebenarnya aku minat dengan penulisan.
menulis dari apa yang aku fikirkan...
Aku mengaku, mengaku yang aku selalu berfikir,
jarang untuk mengingati dan selalu terlupa.
Nampak sangat aku menceritakan kelemahan ku pada kamu yang membaca ni kan.
Seumur hidupku aku jarang untuk memiliki kejayaan.
Pernah satu ketika aku berada di atas (beberapa tahun yang lalu).
tapi 'wajah muda', 'bara jiwa', dan 'deria ajaib' yang aku miliki.
sudah tidak ada lagi.
Namun semua kisah tersebut sudah aku tutup,
walaupun ia merupakan pengalaman dan kisah manis yang pernah aku lahirkan dalam hidup ini
sebenarnya ia amat 'mencacatkan' kehidupan ku.
Disebalik kejayaan itu terdapat 'hitam' yang aku tidak mahu ingat lagi..
lagi dan lagi..
Sekarang ini aku mengimpikan sesuatu yang amat mustahil untuk orang lain menerimanya
untuk menjadi
Pemimpin Baru.
aku teringin untuk orang ramai merasai aura yang pernah aku miliki.
aku inginkan kejayaan.
seperti dulu =(
akademik dan kokurikulum kemas dalam 'gengaman' ku.
aku sentiasa mengimpikan, mengharapkan,
agar ianya berlaku lagi.
setelah 21 tahun berada dalam dunia ini, baru aku tahu
dunia ini memerlukan pengaruh dalam mencipta kejayaan.
kini berbeza daripada 'zaman batu' ku.
Apakah aku masih mempunyai peluang itu?
*Sentiasa mengingatkan diri ianya perlu dicipta sejak awal lagi. Hari-hari adalah langkah awal bagiku untuk mempelajarinya. Agi Idup Agi Ngelaban.