Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Hargailah

Hargailah apa-apa yang ada di atas muka bumi ini terutamanya kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan kita. Kasih mereka mempunyai pertalian perasaan yang kuat dan dapat kita rasai sekiranya kita mengHARGAInya tapi masih banyak diantara kita yang hanya mampu dapat merasainya setelah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang berharga... Berharga apabila sudah ditinggalkan atau hilang dari pandangan mata. Hati yang begitu istimewa ini saja yang tidak mampu menolak perasaan tersebut, namun masih ada lagi kita yang menunjukkan rasa angkuh untuk mengaku yang semua benda di dunia ini perlu diHARGAI. Hargailah... sebelum ianya tiada.

Hopeless..

Boleh terjadi apabila ianya tidak menjadi kenyataan, begitu kan? kecewa... tapi harus bersyukur mungkin selepas ini kita akan mendapat lebih baik daripada benda yang kita inginkan itu, Jangan bersedih dan jangan menangis. Tidak salah untuk kita mencuba tapi biarlah masanya bersesuaian bukan main semborono sahaja. Dunia ini juga penuh dengan harapan setiap orang yang hidup di atasnya. Sesetengahnya berjaya memenuhi harapan tersebut. akhir sekali mari kita renungkan kaitan antara harapan dan nasib.

Pemimpin Baru

Impian dan cita-cita ku, tercapai atau tidak ia harus bermula daripada sekarang. Sentiasa berserah kepada-Nya. Itu aku pasti! aku masih tidak tahu kelebihan yang terdapat pada diriku. aku hanya dapat melihat fizikal ku melalui cermin, luaran dan dalaman sukar untuk aku pastikan mana satu yang punya akan 'daya kelebihan' yang setiap orang atau masing-masing mempunyainya. Mereka berkata aku 'cekap' dalam bertutur, tapi sebenarnya aku minat dengan penulisan. menulis dari apa yang aku fikirkan... Aku mengaku, mengaku yang aku selalu berfikir, jarang untuk mengingati dan selalu terlupa. Nampak sangat aku menceritakan kelemahan ku pada kamu yang membaca ni kan. Seumur hidupku aku jarang untuk memiliki kejayaan. Pernah satu ketika aku berada di atas (beberapa tahun yang lalu). tapi 'wajah muda', 'bara jiwa', dan 'deria ajaib' yang aku miliki. sudah tidak ada lagi. Namun semua kisah tersebut sudah aku tutup, walaupun ia m...

Pertama buat Induksi PSM

Pertama? Hari pertama? Ya... Hari pertama mengikuti induksi pembimbing suai mesra (psm). setengah jam sebelum pukul 5 aku sudah menjejak kaki ke dalam UMS buat semester yang ketiga. agak berat juga hati ketika meninggalkan. Yalah, bukan selalu dapat balik rumah tapi aku punya tugas sama seperti kedua ibu bapaku, rakan-rakan dan semua manusia yang ada dalam dunia ini.. penat untuk aku memikirkan nasib yang bagaimana lagi yang akan aku "cipta" buat semester ini di universiti nanti. Aku mengharapkan peningkatan pada sem ini. Berbalik pada tajuk di atas, ini merupakan kali pertama aku mengikuti program ini sebagai 'pembimbing'. Senyum gila..bila teringat baru tahun lalu aku menjadi peserta, sekarang pembimbing, insyaAllah tahun depan jadi fasi pula( perasan kan (",) ) apapun selamat malam DUNIA!.

Sehari sebelum esok...

Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia kepada anda yang sudi melawat blog ni. seperti yang saya yang nyatakan di atas ia berkaitan dengan hari ini. Mungkinkah hari ini saya sudah melakukan yang terbaik dari hari semalam, yang pasti, saya sentiasa ingin melakukan yang terbaik.Setiap masa dan setiap hari tapi ada sahaja yang kurangkan (",) Dalam setiap pekerjaan atau perkara yang kita lakukan pasti ada yang terlalai, terlupa, terleka dan macam-macam jenis ter... Yang pasti perkara yang kita lakukan hari ini ada kaitannya dengan diari semalam, begitu juga dengan hari-hari yang mendatang pastinya datang daripada kejadian yang lalu lagi malu untuk kita merubahnya pada hari ini. Sentiasa hargai masa yang kita ada. (Sama berfikir, Sama beringat).