sudah dimiliki oleh orang lain
aku dapat merasakannya meskipun aku tidak melihatnya pergi
bersama insan tersebut,
mestinya dia sangat istimewa
dia mesti seorang yang berani,
mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi
suka melihat kesibukan orang ramai
dan mengadaptasi dalam diri sendiri
dengan mencerai beraikan setiap kesibukan
kepada titip-titip peluang,
insan tersebut mesti bijak mencari peluang
tidak mudah jatuh, biar orang disekeliling mencemuh
dan merendahkan dirinya
insan itu mestinya seorang yang kuat
kuat mengharung cabaran,
biarpun diri dan akal
sentiasa basah dengan keringat
kerana semangatnya
menyala-yala.
Benar, aku ingin kembali kepada kelebihan itu
tetapi dalam masa yang sama
aku sudah tidak merasakan ianya ada dalam diri lagi
ia seakan telah pergi jauh meninggalkan diri
separuh daripada diriku seakan hilang
malah berharap untuk menjumpainya dalam mimpi pun
aku tidak memperoleh peluang
kosong..kosong..kosong..