Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
Selamat hari lahir Ijan/Izan/Along
Selamat hari lahir
tup tup tup
sudah masuk tahun ke-22 aku dilahirkan di dunia ni
Alhamdulillah Syukur
Puji-pujian bagi Allah yang telah memanjangkan umur hamba-Nya ini
Bismillahirahmanirahim...
langkah ku dimulakan dengan menyebut nama Tuhan Pencipta Alam
doa dipanjatkan semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya
kebetulan hari ini adalah hari 'peperangan'
sama ada sudah siap sedia atau belum Allah Maha Mengetahui
respon aku? no comment (jawapan ala2 artis) :)
Alhamdulillah selesai berperang aku 'menziarah' bilik kawan di sebelah blok
syukur dapat kawan baru lagi, gembiranya hati berbunga-bunga riang
sebab utama dapat menjalin silaturrahim menambah bilangan kawan2 solehah (x gitu) :)
"Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah"
dipetik dari lirik tombo hati - opick
berbalik pada tajuk catatan ni,
SEDAR TIDAK KITA?
masih SEDAR TIDAK KITA?
ketika kita sibuk meraikan hari lahir kita bersama rakan-rakan,
ketika itu ibu kita dilupakan padahal yang perlu dikenang dan dirai ialah bersama ibu tercinta yang pada tika itu ibu kita di rumah. tidakkah kita ingin meraikan jasa si ibu yang berjuang antara hidup dan mati saat melahirkan kita.
SEDAR TIDAK KITA?
titik-titik air mata serta keringat Ibu kita yang jatuh semasa membesarkan kita dan semasa berdoa kepada Allah untuk sentiasa memanjangkan umur kita.
SEDAR TIDAK KITA?
Oleh itu bukan sahaja kepada rakan-rakan pembaca tetapi kepada diri ini juga sebagai peringatan diri bahawa yang perlu di ingat ketika hari lahir menjelang bukan hari untuk 'meraikan' diri tetapi juga hari untuk meraikan pengorbanan ibu yang telah banyak berjasa kepada diri kita sehinggalah ke saat ini. Kepada rakan-rakan pembaca yang meraikan Hari Ibu mari bersama mengingati hari lahir Ibu kita dan hari dimana Ibu melahirkan kita kerana ''Hari'' ini lebih penting daripada meraikan tarikh Hari Ibu yang mana tarikh tersebut dicipta khusus oleh manusia lain (suka-suka dia saja menentukan Hari Ibu) konspirasi barat lagi ala2 valentine day. wassalam :)