Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
(lirik lagu balik kampung - Almarhum Sudirman)
Alhamdulillah selesai sudah mengikuti progam induksi psm (pembimbing suai mesra)
kini aku selamat sampai di 'rumahku syurgaku' seronoknya berada di kampung halaman
rindupun berbalas jua :) biarpun ramai di antara rakan-rakan seperjuangan yang lebih awal kembali ke pangkuan keluarga aku tidak menyesali keputusan untuk bersama-sama rakan-rakan lain untuk mengolah masa dan titik peluh di 'menara gading sabah' bukan sahaja untuk menambah pengalaman diri malah bertanggungjawab untuk melatih diri sebagai seorang khalifah yang lebih baik insya Allah :)
Saat sampai sahaja di kampung halaman, aku 'menyandarkan' diri sambil berfikir tentang aturan jadual sepanjang cuti 4 bulan ini. part time???(langkah 1) hehe..tak pernah aku kerja separuh masa lagi ni. bimbang juga kalau kali ni sama seperti tahun-tahun yang lepas ibu bapa kurang bersetuju dengan cadangan melakukan kerja separuh masa. walaubagaimanapun sekali lagi aku memberanikan diri untuk meminta izin, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan :)
Langkah 2, draf TESIS...mengalir air mata kalau nak fikir perkara ni (sepatutnya perkara ni diletak pada langkah 1) apapun perkara ini yang perlu diselesaikan dalam masa cuti berbaki 4 bulan. Mudah-mudahan saja diri dan sahabat-sahabat yang lain berjaya menyelesaikan tugasan ini. Mahu tidak mahu kena buat juga (jangan mengeluh) :)
Langkah 3, berpuasa sunat di 2 bulan Islam (Rejab & Syaaban). Ini perlu supaya diri (lahir dan batin) lebih terlatih dan bersedia dalam menghadapi puasa bulan Ramadhan.
buat masa ini, 3 langkah ini saja yang terfikir, hehe..persiapan raya?
nanti-nantilah dulu..tak lari gunung dikejar :)
wassalam.