7 Jun 2011, 7.30am
Tarikh dan masa masuk kerja (part time)
Nama kompeni : Cepat Foto (HQ), Cromex dan Qss
Deskripsi kerja : melayan kustomer (pilih gambar beliau nak cuci dan bagi gambar sudah siap), menyusun gambar di dalam album, menulis resit cash bill, menghantar filem ke Sandakan Foto untuk dicuci dsb
Bismillahirahmanirahim...
baiklah..dari perkara yang ditulis di atas mesti rakan-rakan pembaca sudah tahu serba sedikit mengenai tempat kerja saya :) cuti dua kali sebulan, gaji RM 350 sebulan, dll. Adapun yang sebenarnya ingin dikongsikan bukanlah mengenai perkara tersebut tetapi lebih kepada kawan-kawan yang baharu :)
sepanjang nak hampir sebulan bekerja di kedai Cepat Foto ini pelbagai kawan yang saya kenali kira-kira adalah lebih daripada 10 pekerja di kompeni foto tersebut. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka, mari saya sebutkan nickname2 beserta karakter :
Kak May - Antara pekerja yang paling lama lama dan masuk berpuluh-puluh tahun juga sejak anak bongsu tauke kecil sehingga anak bongsu tauke berumur 20 lebih tahun. Kak May juga orang kedua dihormati selepas majikan kompeni ni :) sifatnya sporting. Kini beliau ditempatkan untuk menjaga kedai Cromex
Kak Ros - Pekerja kedua paling lama di kompeni berkenaan. Berbangsa bajau. Sifat Kak Ros tak macam Kak Ros cerita Upin Ipin, Kak Ros ni lebih baik dan gemar ketawa juga. Kadang tengok Kak Ros punya dressing macam kerja di pejabat. Bergaya seyh.. Kini Kak Ros ditempatkan di Qss.
Mirna - Pekerja ketiga paling lama di kompeni tersebut, Berbangsa Bugis. Berumur bawah 20 tahun. Mirna punya mata yang sepet, nasib saja dia bertudung kalau tidak kerap digelar anak cina, hehe..Sifatnya menyenangkan semua pekerja, di kompeni tersebut daripada majikan hinggalah pekerja2 berharap setiap tugasan berakhir sesempurnanya. Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Adeq - Berumur 20 tahun, seorang yang comel dari segi sifat dan lahiriahnya. Merupakan penyokong kelab bola kebangsaan Malaysia, ini telah terbukti apabila beliau memiliki 2 jersi bola pasukan Malaysia (biru dan kuning) hadiah dari bf. Malay expression kecil-kecil cili padi kini ditukar kepada kecil-kecil kuat buli :) Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Kakak@Nor - Berbangsa Suluk. Berumur bawah 20 tahun, status sudah bertunang. Sifatnya gemar ketawa dan merupakan rakan buli si Adeq :) Usiaku yang lebih tua daripadanya tidak menghalangiku untuk memanggil gelarannya tersebut (namanya pun 'Nama') :) seorang bersifat ingin tahu dan kuat berusaha untuk merubah diri. Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Ifa - Kakak kandung kepada si Adeq, Berumur 22 tahun ( sebaya dengan penulis :-) ). Orangnya ramah, ayu gitu..dan cepat belajar magis :) hehe..iya kan Nur? (jangan marah bah Yepa). Kini ditempatkan di Qss.
Pooh@Rahmah - Luaran nampak tegas tapi di dalam hati ada 'taman' :) lagi satu, mengambil berat serta bertimbang rasa malah mempunyai ciri-ciri kekasih yang setia, bertuah si Paij** :P.
Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Nia - Gadis up to date. Kalau yang belum kenal mesti anggap dia ni sweet lagi sombong tapi sebenarnya dia ni jauh lagi BAIK dari yang disangka. Haruman silkygirl saja boleh buat playboy di luar sana JATUH :D.
Pooh@Rahmah - Luaran nampak tegas tapi di dalam hati ada 'taman' :) lagi satu, mengambil berat serta bertimbang rasa malah mempunyai ciri-ciri kekasih yang setia, bertuah si Paij** :P.
Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Nia - Gadis up to date. Kalau yang belum kenal mesti anggap dia ni sweet lagi sombong tapi sebenarnya dia ni jauh lagi BAIK dari yang disangka. Haruman silkygirl saja boleh buat playboy di luar sana JATUH :D.
Ida - Pandang2 macam gadis dari filipin :) cantik orangnya. Berbangsa bisaya. Jarang senyum/ketawa, bila senyum cair hati lelaki, Peminat no. 1 Justin Bieber dan admire pada si Mr.Magis. Baik serta rajin orangnya.
Aini - Rossa Sandakan, apa tidak lagu kegemarannya ''ku menunggu'' sentiasa dipusing setiap pagi dan petang di kompeni(HQ) tersebut. Membuat orang terhibur dengan gelagatnya, mudah merajuk sukar dipujuk itulah sifatnya. Namun sifat keanak-anakan masih ada padanya, ini kerana umurnya yang masih muda. Disana dia adalah adik yang paling muda. Orangnya manja dan baik hati. Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Sela - Selamba aka Sempoi, terror bahasa Inggeris :) Orang yang punya visi dan misi serta mempunyai pendirian yang tetap. Bila berdepan dengannya boleh terinspirasi, seolah-olah mempunyai pakar dalam bidang motivasi. Tabik buat dia, baik serta mempunyai karakter tersendiri.
Mimie - Sepupu pada si Sela, orangnya pendiam dan memahami. Orangnya sopan dan ringan tangan/penolong. Merendah diri itu sifatnya, serta bersedia menerima pendapat dari seorang rakan. Mudah-mudahan dia mendapat jodoh sebaiknya :). Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Ash - Isteri shalihah/taat pada suami. Muda dari usiaku, untung nasibnya kerana bertemu jodoh dalam usia yang masih muda. Orangnya memahami dan sekali-sekala boleh membuatkan Kak May kering gusi/lucu. Orangnya kuat semangat, tabah serta berfikiran positif dalam hidup :). Kini ditempatkan di Cepat Foto.
Nancy - Pendiam serta tidak berputus asa dalam mempelajari sesuatu yang baharu/cepat belajar :). Kini ditempatkan di Qss.
Nancy - Pendiam serta tidak berputus asa dalam mempelajari sesuatu yang baharu/cepat belajar :). Kini ditempatkan di Qss.
Inilah Geng Cepat. Semoga ikatan yang terjalin sebulan ini, akan tersimpan kemas di dalam ingatan tanda persahabatan hingga hujung nyawa. insya Allah. Aamiin.
Wassalam.