Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Teks Ucapan MC Kahwin

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim Yang dihormati Ayahanda Rashid bin Hj Imam Zainuddin & Bonda Normah binti Osman selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Kakanda saya Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Saya, Siti Norizan Rashid selaku pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan Mohd Norashdi Rashid dan Baynah Naim Lim. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Burung Nuri hinggap di balai Tempat berehat rakan dan taulan Duduk ters...