Langkau ke kandungan utama

Teks Ucapan MC Kahwin


Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim

Yang dihormati Ayahanda Rashid bin Hj Imam Zainuddin & Bonda Normah binti Osman selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Kakanda saya Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Saya, Siti Norizan Rashid selaku pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Norashdi Rashid dan Baynah Naim Lim.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Moga jodoh sentiasa berkekalan
___________________________________________________________________________
Dengan itu, bagi memohon majlis ini di berkati dan di rahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh wakil Imam Yunus.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil Imam Yunus di atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kakanda saya iaitu Mohd Rashman b Rashid, selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
___________________________________________________________________________

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan.
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
___________________________________________________________________________
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.
Dengan itu saya menjemput ibu dan ayah bagi pihak lelaki merangkap ibu dan ayah saya untuk memulakan acara merenjis.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Seterusnya, mempersilakan ibu kepada pengantin perempuan untuk merenjis kedua pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Hamidah Osman ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Aminah dan Suami ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan nenenda saya iaitu Nenek Mita ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Safiah Osman ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Kamsiah Osman & Suami ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Sharifah Osman & Suami ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Shahidah Osman ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Mohd Nor Azimzan & Isteri ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Seterusnya, mempersilakan Puan Nani & Suami ke atas pentas untuk merenjis pengantin.

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Hadirin sekalian, sebagai halwa telinga serta memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, kita akan dihiburkan dengan beberapa buah lagu pengantin dan lagu-lagu cinta khusus untuk pasangan mempelai. Sama-sama kita saksikan.
___________________________________________________________________________

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh kakanda saya iaitu pengantin lelaki sebagai hadiah yang cukup istimewa buat isterinya iaitu pengantin perempuan. Lagu yang akan dipersembahkan ialah Kaulah Segalanya dendangan Broery Marantika.
___________________________________________________________________________
Seterusnya, kedua-dua mempelai dipersilakan turun ke bawah pentas untuk bersalam dengan kedua ibu bapa pengantin serta para tetamu yang hadir. Majlis mempersilakan.
___________________________________________________________________________
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Catatan popular daripada blog ini

Sanah Helwah 30 Mei Mama (Kaamatan di Brunei)

Sometimes i feel my heart so lonely but it's ok No matter how my girl just left me and i just don't care Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me She's there for me, its she's my mother Just for my mom, i write my song Just for my mom, i sing this song Its just for mom, can wipe my tears Its just my mom, can only here Trap in a subway, can't remember the day but i feel ok Damped in damn situation, in every condition with no conclusion Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me She's there for me, its she's my mom You may say i have no one,to cover me under the sun You only get it from your mom :P Mommmmmm

I am holding my feeling inside

Sometimes late at night I lie awake and watch they sleeping They lost in peaceful dreams So I turn out the lights and lay there in the dark And the thought crosses my mind If I never wake up in the morning Would they ever doubt the way I feel About they in my heart If tomorrow never comes Will they know how much I loved... Did I try in every way to show they every day That they's my only one And if my time on earth were through And they must face this world without me Is the love I gave they in the past Gonna be enough to last If tomorrow never comes 'Cause I've lost loved ones in my life Who never knew how much I loved them Now I live with the regret That my true feelings for them never were revealed So I made a promise to myself To say each day how much they means to me And avoid that circumstance Where there's no second chance to tell they how I fee...
Saat hatimu terluka Akulah yang menemanimu Membasuh air matamu Namun, mengapa ketika Hatimu telah tersenyum lagi Aku yang kau lupa? Tak sadarkah selama ini Ku juga selalu menginginkanmu Mengapa sulit Untukku bisa miliki hatimu Bahkan selama ini Hadirku tak berharga untukmu Yang terjadi kini Ku hanya rumah persinggahanmu Di saat kau terluka Dan di saat semuanya reda Kau menghilang begitu saja Jika memang ini tak ada harapan Mengapa aku yang harus jadi tujuan Saat hatimu terluka, aku yang jadi obatnya Tanpa pernah kau hargai cinta dan kasih yang setulus ini Mengapa sulit Mengapa sulit Untuk ku bisa miliki hatimu Bahkan selama ini Hadirku tak berharga untukmu Yang terjadi kini Ku hanya rumah persinggahanmu Di saat kau terluka Dan di saat semuanya reda Kau menghilang begitu saja Dan di saat semuanya reda Kau menghilang begitu saja