Bismillahirrahmanirrahim
Masuk tarikh masihi 29 April 2012 aku dah berumur 23 tahun.
Tapi disebabkan dari dulu kecil sekarang pun kecil, jadi adik aku pun panggil aku budak kecik.
Itu tidak mengapa, sebab aku betul-betul tidak kisah. Cerita bab imiginasi ni, aku suka sangat berimaginasi dan serius aku kata berimaginasi ni sangat seronok. Sebab apa? benda yang kita rasa mustahil kita dapat buat, kita dapat buat masa tengah berimaginasi ni lah. Kenapa tak percaya? cubalah...
Apa tu imaginasi? kalau orang kampung bilang angan-angan lah.. berkhayal lah.. itu semua iras macam berimaginasilah. Tapi bagi aku imaginasi ni satu perkara yang kreatif dan boleh menjadikan diri ni sebagai pemenang,hehe.. (ayat untuk orang yang rasa dirinya di rendah-rendahkan).
Bagaimanapun, dalam sesuatu perkara apalagi jika melibatkan perasaan atau emosi jika kita berimaginasikan sesuatu yang positif (+) maka secara automatic nya kita akan merubah diri kita ke arah yang lebih +. Percayalah!
Malu untuk berimaginasi dan dianggap macam budak kecil jika melakukannya? Peduli dengan kata orang. Tanya diri dia balik, bila seseorang individu tu sedang membuat sesuatu adakah individu tersebut membuat sesuatu perkara yang tidak bermatlamatkan apa-apa? kanak-kanak belajar dari menghayati perubahan dan tingkahlaku di persekitarannya dan kerana itu kanak-kanak lebih kreatif dari orang dewasa. Manakala si dewasa bila menanam atau mindset kan diri tentang rasa MALU, sekaligus akan menjadikan individu dewasa tidak sekreatif kanak-kanak kecil. Jadi ada persoalan mengenai rasa malu untuk berimaginasi?
Kesimpulannya, saya suka berimaginasi terutamanya mengenai matlamat hidup.