Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Kisah Sos Tomato

Dijadikan cerita minggu ini sudah masuk minggu ke-2 aku menjalani latihan industri atau praktikal di Jabatan Perhutanan Sabah, seperti biasa tepat jam 5 petang Mama ku yang tercinta setia mengambilku pulang dari pejabat. Selepas memesan bubur ayam di Drive-thru McD adikku sempat memesan melalui telefon meminta mamaku untuk membelikannya sos tomato . Dipendekkan cerita, aku dan mamaku terlupa pesanan adikku untuk membelikannya sos tomato di mini market, dengan rela hati aku berjalan menuju ke kedai berdekatan rumah kami untuk membeli sos tomato , perjalanan yang tidak sampai 5 minit membuka zaman kanak-kanakku disitu. Akhirnya aku tiba di kedai tersebut, bentuk rumah kedai itu masih sama seperti dulu cuma catnya sudah berubah warna dari warna hijau ke warna merah jambu. Aku tidak berkesempatan berjumpa dengan makcik (tuan rumah) atau tauke kedai itu. Cuma ada satu panggilan yang amat aku kenal dan ia adalah panggilan seorang adik lelaki yang dahulunya kecil dari kakaknya selaku ta...