Dijadikan cerita minggu ini sudah masuk minggu ke-2 aku menjalani latihan industri atau praktikal di Jabatan Perhutanan Sabah, seperti biasa tepat jam 5 petang Mama ku yang tercinta setia mengambilku pulang dari pejabat. Selepas memesan bubur ayam di Drive-thru McD adikku sempat memesan melalui telefon meminta mamaku untuk membelikannya sos tomato.
Dipendekkan cerita, aku dan mamaku terlupa pesanan adikku untuk membelikannya sos tomato di mini market, dengan rela hati aku berjalan menuju ke kedai berdekatan rumah kami untuk membeli sos tomato, perjalanan yang tidak sampai 5 minit membuka zaman kanak-kanakku disitu. Akhirnya aku tiba di kedai tersebut, bentuk rumah kedai itu masih sama seperti dulu cuma catnya sudah berubah warna dari warna hijau ke warna merah jambu. Aku tidak berkesempatan berjumpa dengan makcik (tuan rumah) atau tauke kedai itu. Cuma ada satu panggilan yang amat aku kenal dan ia adalah panggilan seorang adik lelaki yang dahulunya kecil dari kakaknya selaku tauke muda kedai tersebut. Panggilan itu ialah jeritan nama yang sangat ringkas tapi amat sinonim di kedai tersebut iaitu "Along.." aku tersenyum kecil bila melihat gadis yang muda dari aku kini semakin matang dengan tudung labuhnya.
"Lama tidak nampak", tanya aku.
dia cuma tersenyum (agaknya dia sudah tidak mengenali aku).
Namun dengan dialog yang ringkas antara aku dan anak tauke tersebut, sedikit sebanyak membuatkan suasana yang sekian lama aku sudah hampir lupakan, terasa segar kembali walaupun aku akui yang aku agak kekok ketika itu. Selesai membeli sos tomato aku kembali melihat perubahan di sekelilingku, aku bercakap di dalam hati tidak banyak yang berubah selain daripada bertambahnya antena astro di bumbung-bumbung rumah. Tapi aku lihat pada diri aku, 3 tahun aku menuntut di Universiti terasa aku begitu jauh sehingga hampir melupakan kenangan zaman kecilku di kawasan perumahan Taman Rajawali. Allahu Akbar tidak terasa masa cepat berlalu.
Beberapa langkah sebelum aku sampai ke rumah, spontan aku berkata
dunia ndak berubah, manusia yang berubah :)