Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Cari Rezeki di SS04

Bismillahirrahmanirrahim Takdir Allah S.W.T Kerana Tiket Kapal Terbang... Tiket Salah Tarikh... Otak mula mencari langkah... penyelesaian masalah tanpa dirancang... berbekalkan "duit pulang balik tambang" kaki dijejakkan ke Bandar Kim Fung mata memerhatikan setiap bangunan yang ada satu pemandangan satu suasana bermula satu kisah pengalaman hidup sebagai juruwang bergaji RM560++ dihurai oleh supervisor berbaju biru  atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Rose hati ditenangkan fokus pada niat mencari kerja halal usah peduli keraguan  dan kritikan yang lain sambilan ini berguna untuk pengalaman, membina silaturrahim, memupuk kesabaran, dalam usaha untuk mengotakan... JANJI PADA DIRI

1 Kaki, 2 Kaki kemudian???

Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa zaman di bangku sekolah, cikgu pernah kata yang satu daripada kaki kita berada di dalam sekolah manakala satu kaki lagi masih tergantung di atas pagar. Maksud yang cuba cikgu sampaikan adalah seseorang murid yang mempunyai cita-cita untuk belajar di Universiti perlu berusaha lebih untuk meletakkan kedua-dua kaki (takdir) di menara gading. Oleh kerana itu, maka admin pun berusaha bersungguh-sungguh demi untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah kedua-dua kaki sudah berjaya dijejakkan di zaman kampus, pelbagai ilmu digali dan ragam manusia yang dipelajari tidak kurang pada yang sebaliknya insyaAllah di sempadankan. Setelah zaman kampus sampai ke minit penghujungnya. Hati berbicara, akal mencerna akan maksud yang tersirat daripada hikmah yang cikgu sampaikan sebelum ini. Maksud tersurat telah diketahui malah dijalani, tapi kemudian bagaimana dengan langkah seterusnya. Akan adakah maksud tersirat daripada 'Kisah Kaki'...