Bismillahirrahmanirrahim
Takdir Allah S.W.T
Kerana Tiket Kapal Terbang...
Tiket Salah Tarikh...
Otak mula mencari langkah...
penyelesaian masalah
tanpa dirancang...
berbekalkan "duit pulang balik tambang"
kaki dijejakkan ke Bandar Kim Fung
mata memerhatikan setiap bangunan yang ada
satu pemandangan
satu suasana
bermula satu kisah
pengalaman hidup
sebagai juruwang bergaji RM560++
dihurai oleh supervisor berbaju biru
atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Rose
hati ditenangkan
fokus pada niat
mencari kerja halal
usah peduli keraguan
dan kritikan yang lain
sambilan ini berguna untuk pengalaman,
membina silaturrahim, memupuk kesabaran,
dalam usaha untuk mengotakan...
JANJI PADA DIRI