"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." [An-Naazi'aat : 48]
terlalu banyak dosa yang aku lakukan
terlalu banyak kekurangan diri yang masih perlu aku baiki
maafkan aku..
pada hijrah ini, sekali lagi aku memohon kesempatan
untuk terus merubah diri dan sekelilingku untuk mencapai
kejayaan dan kebahagiaan di dunia, juga di akhirat
aku benar-benar kehilangan kata
tidak tahu untuk melakukan apa
hanya bergantung dengan doa
percaya kepada-Nya
berharap semuanya
akan baik2 saja
aku tidak mahu kerana kekhilafanku
membawa kamu jatuh dan gagal bersama-sama dengan ku
hidup ini hanya sekali
adapun perjalanan hidup jika di-izinkanNya masih panjang
dan pemandangan yang aku lihat berubah warna jangan bimbang
kamu sentiasa ada di dalam doaku