Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

"selamat tahun baru"

Allah sebaik-baik penolong segala puji bagi Tuhan semesta alam, kerana mengabulkan permintaan hamba benarlah setiap ujian ada hikmahnya seperti kematian yang punya asbab mati kerana sakit, mati di dalam tidur, mati ketika solat. Allahu Akbar in sha Allah 4 Januari depan adalah tarikh aku melapor diri di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah 256 sempat aku merenung hotel sanbay dari tingkat atas dan belakang bangunan tempat o.t.p dengan 46 sebelum berlalu meninggalkan pejabat lama.

aku bukan superman

"bila tata laku yang punya emosi menjadi rutin untuk tontonan dan kefahaman sendiri kemudian ianya berlalu dan kini dikenang" itu adalah maksud kenangan bagi pendapat personal panjangnya yang pasti bukan dari kamus dewan ataupun ayat perundangan. kalau dah rindu memang untuk yang kita sayang tak kiralah ianya hidup ataupun mati. bayangan kenangan aku gambarkan dalam bentuk skrin yang aku imaginasikan sendiri saat aku berada dalam kereta memandu seorang diri melintasi old town white coffee, secret recipe, parking lot giant, restoran tom yam megah jaya, sweet cool cafe, big apple, cool city, lebuhraya batu 4, jalan mahkamah, panggung wayang, jalan bulat st. monica dll  buku sudah ditutup namun hujung mata penanya masih basah

melepaskan vs bebaskan

apa perbezaan antara melepaskan ataupun bebaskan? bunyi yang lain maksud yang sama, mungkin tidak mahu lama memikirkan isi tersirat kandungan daripada satu ayat tersebut lalu aku menyimpulkan dengan satu erti daripada emosi manusia biasa sakit yang seketika mengapa aku katakan seketika kerana ianya hanya sebentar di dunia berharap akan kebahagian di capai di hujung dunia yang selamanya. aku bebaskan untuk bertemu semula di akhirat sana. in sha Allah janji tetap janji.
Ada waktu sukar mengejarmu Moga tabah sabar bersamamu Jauh ku di luar sana Mendoa dikau bahagia Yakini dirimu Pasti sempurna Harapan semoga dirimu dilindungi Sinar rahmat bahagia Jalanmu lurus dan kekal berjaya Diredhai Yang Maha Esa Walau dalam sukar dan diri ini Diperlukan namun tiada Doa dan harapan Hanya mampu ku utus bersama Ku sematkan azimat kenangan Menemani jiwa kehilangan Menghapus segala resah Mendorong di kala hiba Teguhlah jiwamu Selama-lama

hit the gym

Bismillahirahmannirrahim lepas keliling tasik dan buat warm up, aku terus ke kaunter untuk membuat bayaran masuk gim. Alhamdulillah dapat bayaran student price. Masuk gim dengan niat mahu buat fitness, prepare untuk sukan Jabatan bulan depan. Alhamdulillah dengan bantuan Bro Hafiz dan Boy dapat juga aku belajar guna sikit2 gym equipment ni. Bermula dengan walking/jogging treadmill. serius memang banyak keluar peluh. lepas rehat aku naik pula elliptical trainer. ia ala2 cycling cumanya otot tangan, dan punggung pun ikut gerak juga. aku buat 10 kali kayuhan kemudian ubah laras dari 7 hingga laras ke 15. Habis exercise, aku pun turun dan rehat sekejap kemudian sambung dengan lat machines. untuk beginner macam aku ni tak dinafikan aku mula suka dengan mesin ni. tak tau la kenapa, tanya dada kot harharhar. rehat lagi kemudian pindah di machines bench press. baru 30 lebih lbs aku rasa macam nak pengsan. berat bukan main. Alhamdulillah habis juga buat 3 set. ada satu exercise n...

sujud syukur

Alhamdulillah, hadiah hari lahir Ramadhan tahun ni. Syukur Ya Allah. asalkan aku ok, duit dalam kocek, hidup dengan sederhana, keluarga semua ok, masa depan cantik, hidup jauh narkoba dunia :) 

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim Ku menantimu Saban waktu Bangkit jiwaku  Kau suluh hatiku Dengan sinar Kudus kasihmu Ku harap kan terus Bersamamu selamanya Ramadan, Ramadan Ramadan di hati Ramadan, Ramadan Ku mohon usah pergi Rahmat melimpah Damainya ku rasakan Ramadan bulan al-Quran Mendidik jiwaku Menyuburkan iman  Sememangnya kau ku nantikan Hadirmu hidupkan suram di jiwaku Dan ku berjanji Akan ku teruskan Semangatmu itu Sepanjang hidupku Oh Ramadan

sayang lahir batin

Bismillahirrahmanirrahim dengarkanlah aku cerita hatiku cerita tentangmu aku mau ikhlas ikhlas menyayangimu tutuplah matamu cukup aku dan Tuhan yang tahu   aku telah berjanji menyayangimu lahir dan batinku

si putih

harini hari lahir yang pertama mutaqqi. tuan sayang taqqi! hadiah untuk perodua viva ku pada tahun ni ialah tidak menggunanya sepanjang hari >.< bagi dia rehat lol dalam keriangan aku dengan bestie (mutaqqi) aku tak pernah lupa akan si putih yang masih aku sayangi sehingga hari ini. si putih ialah toyota corona milik kami sekeluarga. biarpun berapa warna yang dikenakan di badannya, putih tetap jadi pilihan di mataku. pernah sekali baba ingin menjualnya kepada orang lain. aku peluk si putih dan aku kata yang aku sayang pada dia. aku tahu kereta tu cuma besi tapi aku percaya yang ia juga hidup. sebab besi adalah ciptaan Allah bukan manusia. tapi kehilangannya amat meruntun hati. aku percaya sayang ku tidak berubah. rasa yang aku rasakan aku pindah ke tunggangan ku yang kini, mutaqqi.
Bismillahirahmanirrahim "Dan  Barangsiapa menempuh suatu jalan  demi menimba  ilmu  agama, pasti Allah memudahkan baginya  jalan  menuju syurga" (HR Muslim)

ma sha Allah

itu kamu ;)