Bismillahirahmannirrahim
lepas keliling tasik dan buat warm up, aku terus ke kaunter untuk membuat bayaran masuk gim. Alhamdulillah dapat bayaran student price.
Masuk gim dengan niat mahu buat fitness, prepare untuk sukan Jabatan bulan depan. Alhamdulillah dengan bantuan Bro Hafiz dan Boy dapat juga aku belajar guna sikit2 gym equipment ni.
Bermula dengan walking/jogging treadmill. serius memang banyak keluar peluh. lepas rehat aku naik pula elliptical trainer. ia ala2 cycling cumanya otot tangan, dan punggung pun ikut gerak juga. aku buat 10 kali kayuhan kemudian ubah laras dari 7 hingga laras ke 15.
Habis exercise, aku pun turun dan rehat sekejap kemudian sambung dengan lat machines. untuk beginner macam aku ni tak dinafikan aku mula suka dengan mesin ni. tak tau la kenapa, tanya dada kot harharhar.
rehat lagi kemudian pindah di machines bench press. baru 30 lebih lbs aku rasa macam nak pengsan. berat bukan main. Alhamdulillah habis juga buat 3 set. ada satu exercise ni aku skip 2 set sebab otot bicep aku da mula sakit huhu ketara la tak fit eh. sebab nak cover malu aku pun 'belajar balik' buat sit-up. Bro Hafiz pesan berhenti bila muscle di perut sakit tapi aku berhenti sebab betis aku lenguh haha lepas tu aku practise cable machine handle. Seronok jugalah cumanya aku tak boleh pula nampak otot tangan aku mengembang dan menguncup huhu.
last but not least sebelum balik aku buat sebanyak mana yang aku mampu di chest machines sambil tengok figure keding aku kat depan cermin lol.
in sha Allah lepas ni datang lagi.
practise makes perfect body lalala~
majulah sukan untuk SANDAKAN hehe