Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Dalam setiap rezeki kita ada hak orang lain.
Di dalam sujud,
Di hujung sejadah aku masih di posisi tahiyat akhir,
Di sudut katil sebelum melelapkan mata,
Di kereta semasa dalam perjalanan ke pejabat,
Di pejabat semasa tengah duduk menghadap komputer, aku yang kecil menadah tangan berdoa dan terus berdoa
"Ya Allah duit gaji ku akan berbaki RM300, selepas membayar yuran semester pengajianku untuk kesekian kali. Engkau punya harta seluas-luasnya. Semua yang ada adalah milik Engkau Ya Allah. Hamba mohon berikan hamba sedikit harta untuk membayar hutang² hamba, dapat memberi wang kepada ibu bapa hamba, adik hamba. Tolong hamba Ya Allah, cukupkan rezeki hamba dan keluarga hamba."
Beberapa hari sebelum gaji aku menerima duit elaun RM820. Alhamdulillah dapatlah aku gunakan untuk membayar hutang postpaid, bil astro dan bil air. Aku berniat memberi sedekah kepada rakan ofis iaitu kerani yang membantu menaip elaunku. Baki RM400 lebih aku simpan sementara, sebelum mencampurkan dengan duit gaji bulanan dan memberi kepada ibu bapa dan adikku. Oleh kerana aku menggunakan lebih separuh daripada gaji untuk pembiayaan belajarku. Aku memotong sedikit pemberian wang saku kepada ibu bapa dan adikku. Namun tetap aku melunaskan hutang dan bil bulanan seperti biasa kerana aku tahu ibuku banyak mengeluarkan wangnya sendiri untuk perbelanjaan dapur, ubat²an, membayar pengajian adikku, yuran kelas agama dan lain².
Selang sehari selepas bersedekah kepada rakan pejabat dan keluarga di rumah. Aku mendapat RM200. Syukur duit tersebut aku beri kepada ibuku tanpa mengeluarkan duit gaji.
Hari ini sewaktu masa minum pagi aku menyambung niat untuk bersedekah lagi. Suatu masa dahulu aku juga pernah menjadi pelajar praktikal selama beberapa bulan tanpa dibayar oleh Jabatan Kerajaan. Aku tidak menyalahkan Jabatan tersebut kerana aku yang sukarela memilih untuk menjalani latihan industri di tempat itu. Aku faham perasaan pelajar tersebut, hari ini hari gaji biarpun gaji berbaki sedikit aku meneruskan niat untuk membelanja pelajar tersebut mudah ²an pelajar tersebut gembira dan rezeki ku datang mencurah².
Setibanya di pejabat selepas membawa pelajar tersebut membeli sarapan pilihannya. Aku didatangkan oleh rakan ofis yang bersedekah sebungkus nasi ayam. SubhanAllah. Mudah²an dia diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Balik ke rumah tanpa berbaring sekejap seperti kebiasaannya aku mendahulukan solat sebelum menjamah nasi sedekah tersebut. Seterusnya kembali ke pejabat semula untuk bekerja. Tiba di pejabat aku menerima sedekah RM100. Alhamdulillah. Selepas solat maghrib duit tersebut aku berikan kepada abahku dan waktu itu aku menerima lagi RM100 dan wang tersebut aku berikan kepada ibuku sebagai wang tambahan untuk membayar bil elektrik.
Allahu Allah. Aku sujud syukur lidah dan hati ini tidak berhenti mengucapkan tahmid
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Kini baki duit gajiku lebih daripada RM300 menaik kepada RM800.
daripada RM50 yang sepatutnya aku berikan kepada adikku aku menambah sedikit lagi RM50 sebagai hadiah harijadinya.
Terima kasih Ya Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah.