Tapi bila kita greet dengan ayat tu maksudnya kita wish pagi dia baik sehingga ke hari yang seterusnya.
Bila aku sendiri bermula dengan hari yang tidak baik, aku muhasabah diri untuk teruskan kehidupan dengan mendoakan orang di sekeliling yang punya hari yang sama untuk jadi lebih kuat. Moga² aku pun dapat secebis kekuatan dari doa tersebut.
Ada masa kita benci sesuatu tetapi sesuatu itu baik untuk kita.
Dan adakala kita suka sesuatu tetapi sesuatu itu tidak baik untuk kita.
Jadi semalam aku terfikir bagaimana jika perkara yang kita suka tapi tidak baik kadang datang kepada kita biarpun kita sudah akur untuk pergi, apakah maksud perkara sedemikian berlaku?
Fikir dan fikir, aku dapat jawaban.
Ibarat Allah pinjamkan kita yoyo. Bila hati gundah gulana, tidak terinspirasi.. Dia datangkan perkara yang tidak baik tu jadikan mood kita kembali Okay. Bila kita sudah dapat motivasi tu Allah tarik balik yoyo tu mahu ingatkan kita itu hanya pinjaman sahaja. Sebab jika dibiarkan kita bersama yoyo tersebut, kita akan jadi leka dan lupa tujuan kita sebenarnya di muka bumi ni.
Bumi tidak pernah tua dan berubah biarpun dunia sudah berusia lebih daripada jutaan tahun. Hanya manusia yang bertambah usia dan mengubah ciptaan yang ada di atas muka bumi.
Dunia ini sementara begitu juga isinya,
Hidup sementara,
Bahagia sementara,
Kesedihan sementara.
Namun bila masih diberi kehidupan kita patut rasa bersyukur, sebab hari itu indah sebenarnya dan hidup itu adalah satu anugerah.