sandakan mandi 2 hari ni. hujan turun dengan lebat, kadang limpas, kadang renyai dan panas seketika.
semenjak adanya bluetooth player aku guna sehabis baik. playlist diputar. lagu pura-pura lupa berkumandang.
sesampai di rumah aku berbaring dan mendengarnya sekali lagi sebelum rasa mengantuk dibawa pergi oleh lena.
ada satu perasaan gementar seketika membuat perutku rasa cramp. aku berfikir kalau ada minuman yang aku ambil tadi pagi yang membuat anxiety aku datang lagi. tapi tiada.
gagahkan diri juga melangkah ke tempat kerja. melakukan tugas seperti biasa, dan pada petang itu bertemu dengan dia, kertas yang dipegang bergegar pula sampai jatuh sekeping di lantai. "hai lama tak jumpa" sapaku sebenarnya rasa sudah pudar oleh masa dan aku rasa sekadar kebetulan.
aku kembali di tempat duduk, ketika melihat notifikasi mesej baru tanganku terscroll senarai kenalan, yang baru aku tambah di telefon bimbit. aku tidak tahu mengapa aku masih menyimpan nombornya mungkin kerana janji, mungkin.
selama yang aku perasan sebelum ini dia meletak profil gambar anak-anak, bersama pasangan dan kalini gambar swafoto sendiri.
hatiku berbagi seolah ada dia memandang dari tepi, apa perlu aku melihatnya? sudah lebih separuh dekad aku tidak melihat rupanya walaupun kini terhalang oleh facemask.
keputusan telah dibuat. aku dengan berani melihat gambarnya dari dekat. keningnya masih terukir sama, matanya ditambah hiasan warna yang gelap. pakaiannya serba putih sedondon dengan warna pelitup mukanya.
ya aku rindu dia. semoga dia terus bahagia dan sihat seperti ini, bersama keluarga yang dia sayang.
sincerely your forever gogok/paul frank.