Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

Deklamasi Sajak Ramadan sempena Majlis Iftar Jabatan Perhutanan Sabah, 16 Ramadan 1446 Hijrah.

Allahumma innaka affuwwun tuhhibul afwa fa’fu anna. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih pengacara majlis yang budiman.  Salam hormat kepada Yang Berbahagia Datuk dan Datin. Salam Ramadan Ke-16 buat para muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah InshaAllah 4 malam lagi kita akan bertemu dengan 10 malam terakhir ramadan DAN bermulalah pencarian Lailatul Qadar. Oleh itu terimalah sajak yang bertajuk :  APA YANG DIKEJAR PADA MALAM QADAR Dipetik daripada Dewan Sastera karya Awang Sariyan. Saban tahun kita diingatkan oleh pendakwah dan pentazkirah, Betapa besarnya fadilat malam Qadar Ganjaran lebih seribu purnama Menyamai 80 tahun lebih  Bagi setiap amal kebajikan. Maka berlumba-lumba kita kerjakan Ibadah sunat pelengkap ibadah fardu Menghidupkan malam dengan ibadah sunat, Menyengkang mata melawan keletihan, Untuk meraih ganjaran berlipat ganda. Pernahkah kita bertanya kepada diri dengan amal ibadat dilipatgandakan,  Luar biasa s...