Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Mr. Right

Bismillahirrahmanirrahim Siapa Mr. Right?  - Mizta R Tahun Lahir Mr. Right? - 1987 Dimanakah Mr. Right belajar/kerja? - Belajar di UMS Berapa Lama Kenal Dengan Mr. Right? - 1/2 Tahun  Ciri - ciri Mr. Right? - Gentleman & tanned. next question will be ...  Is he your Mr. Right??? - insyaAllah

Cari Rezeki di SS04

Bismillahirrahmanirrahim Takdir Allah S.W.T Kerana Tiket Kapal Terbang... Tiket Salah Tarikh... Otak mula mencari langkah... penyelesaian masalah tanpa dirancang... berbekalkan "duit pulang balik tambang" kaki dijejakkan ke Bandar Kim Fung mata memerhatikan setiap bangunan yang ada satu pemandangan satu suasana bermula satu kisah pengalaman hidup sebagai juruwang bergaji RM560++ dihurai oleh supervisor berbaju biru  atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Rose hati ditenangkan fokus pada niat mencari kerja halal usah peduli keraguan  dan kritikan yang lain sambilan ini berguna untuk pengalaman, membina silaturrahim, memupuk kesabaran, dalam usaha untuk mengotakan... JANJI PADA DIRI

1 Kaki, 2 Kaki kemudian???

Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa zaman di bangku sekolah, cikgu pernah kata yang satu daripada kaki kita berada di dalam sekolah manakala satu kaki lagi masih tergantung di atas pagar. Maksud yang cuba cikgu sampaikan adalah seseorang murid yang mempunyai cita-cita untuk belajar di Universiti perlu berusaha lebih untuk meletakkan kedua-dua kaki (takdir) di menara gading. Oleh kerana itu, maka admin pun berusaha bersungguh-sungguh demi untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah kedua-dua kaki sudah berjaya dijejakkan di zaman kampus, pelbagai ilmu digali dan ragam manusia yang dipelajari tidak kurang pada yang sebaliknya insyaAllah di sempadankan. Setelah zaman kampus sampai ke minit penghujungnya. Hati berbicara, akal mencerna akan maksud yang tersirat daripada hikmah yang cikgu sampaikan sebelum ini. Maksud tersurat telah diketahui malah dijalani, tapi kemudian bagaimana dengan langkah seterusnya. Akan adakah maksud tersirat daripada 'Kisah Kaki'...

Konvo Time

BismillahirrahmannKonvo Timeirrahim SELAMAT BERGRADUASI RAKAN-RAKAN Alhamdulillah syukur atas keberkatan-Nya Seminggu sebelum Konvokesyen 4 sekawan 'menyewa' bilik di Kolej Kediaman Anugerah Bestari sambil  meninjau suasana di tamu gadang. Banyak hal yang terjadi antaranya pecah masuk bilik kosong, cari tabir dari bilik ke bilik, jumpa heater, angkat tilam getah dll, rasanya macam tengah lakon siri SURVIVOR pula. Malam terakhir kami di Tamu Gadang gamat dengan persembahan Adira dan Stacy. Paling seronok bila tengok pertandingan akhir Street Dance, rasa2 nak ber shuffle dekat situ juga (kekeke) Syukur Ya Allah dapat bersama dengan rakan2 ketika ' Epic Moment '. Post ni khas buat Timang, Kat, Jane, Asi, Wan, Ichie dll  Buat semua keluarga HA02, rakan-rakan kos lain, kakitangan SSS, dan warga UMS amnya  TERIMA KASIH SEGALA BUDI & KENANGAN INSYAALLAH SENTIASA DALAM INGATAN ~UMS BERTEKAD CEMERLANG!~

9 stories

Bismillahirahmanirrahim Summer has come and passed The innocent can never last Wake me up when September ends p/s : usaha belum setinggi bukit, tapi mengidam diberi rezeki setinggi langit... Astagfirullah...

Famili Raya & Tonton Boboiboy

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum. Alhamdulillah, harini 11 Syawal 1433H Selamat Hari Raya buat semua rakan2 pembaca. Entri kali ni berkenaan raya bersama famili. Dalam kita bersuka ria menyambut lebaran pada bulan Syawal ini. Ada juga famili dan saudara seislam kita yang memikul beban kerana sakit, perang dan kebuluran. Justeru itu, tidak hairanlah jika orang tua berpesan kepada anak-anak muda supaya sentiasa mensyukuri pemberian yang diberikan kepada kita seperti Malaysia yang aman, kesihatan badan, makanan yang cukup dan lain-lain. Sambil-sambil sakan dengan ronda-ronda raya ada juga yang mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah berjalan dengan menonton cerita kegemaran di televisyen. Generasi Y seperti SNR juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan tayangan ulangan di  http://www.tonton.com.my/ . Cerita apa? Siapa minat cerita Boboiboy angkat tangan? hehehe.. jangankan SNR, Pakcik Abu Kasim b. Ahmad Kasim yang berumur 55 tahun pun tengok cerita ni (...

Kisah Sos Tomato

Dijadikan cerita minggu ini sudah masuk minggu ke-2 aku menjalani latihan industri atau praktikal di Jabatan Perhutanan Sabah, seperti biasa tepat jam 5 petang Mama ku yang tercinta setia mengambilku pulang dari pejabat. Selepas memesan bubur ayam di Drive-thru McD adikku sempat memesan melalui telefon meminta mamaku untuk membelikannya sos tomato . Dipendekkan cerita, aku dan mamaku terlupa pesanan adikku untuk membelikannya sos tomato di mini market, dengan rela hati aku berjalan menuju ke kedai berdekatan rumah kami untuk membeli sos tomato , perjalanan yang tidak sampai 5 minit membuka zaman kanak-kanakku disitu. Akhirnya aku tiba di kedai tersebut, bentuk rumah kedai itu masih sama seperti dulu cuma catnya sudah berubah warna dari warna hijau ke warna merah jambu. Aku tidak berkesempatan berjumpa dengan makcik (tuan rumah) atau tauke kedai itu. Cuma ada satu panggilan yang amat aku kenal dan ia adalah panggilan seorang adik lelaki yang dahulunya kecil dari kakaknya selaku ta...

PRO memories

Bismillahirrahmanirrahim Sekembalinya kami di UMS, satu persatu beban dikurangkan dengan projek akhir yang sudah selesai, expo telah dijalankan, latihan ilmiah dan tugasan rundingcara sudah dihantar, sijil telah siap dicetak, serta kertas peperiksaan pertama sudah habis dijawab. Alhamdulillah syukur, namun begitu perjalanan hidup manusia belum lagi sampai ke penghujungnya, tanggungjawab masih ada yang perlu dilaksanakan.  Hamba Allah ini mohon dan berdoa agar segala pekerjaan dan perkara yang dilakukan akan dipermudahkan oleh-Nya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diberkati agar penulis dan pembaca dapat meraih kejayaan yang abadi di dunia dan di akhirat. Aamiin :)
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, pada hari khamis (10 Mei 2012) untuk kali ke-2 nya selamat tiba ke Kuala Lumpur (KL), lokasi perfileman KL Gangster hehehe..melalut pula kan, tapi aku suka tonton filem aksi arahan Syamsul Yusof sebab memang superb ! Perjalanan melintas sempadan laut china selatan ni berlandaskan niat untuk mendapatkan ilmu dan juga pengalaman khasnya dalam menambah kemahiran sebagai bakal pengamal perhubungan awam kelak, insyaAllah. Tarikh 10 Mei -24 Mei 2012 dipilih sebagai tarikh projek akhir Lawatan Kerja Dan Amal pelajar tahun 3 Program Komunikasi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS). 7 hari di semenanjung Malaysia (KL dan Selangor) kemudian kami bertolak ke Jakarta selama 6 hari seterusnya melanjutkan perjalanan pulang semula ke Malaysia (Genting, Pahang) dan akhirnya kembali ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu. bersambung...

Imaginasi

Bismillahirrahmanirrahim Masuk tarikh masihi 29 April 2012 aku dah berumur 23 tahun. Tapi disebabkan dari dulu kecil sekarang pun kecil, jadi adik aku pun panggil aku budak kecik. Itu tidak mengapa, sebab aku betul-betul tidak kisah. Cerita bab imiginasi ni, aku suka sangat ber imaginasi dan serius aku kata ber imaginasi ni sangat seronok. Sebab apa? benda yang kita rasa mustahil kita dapat buat, kita dapat buat masa tengah ber imaginasi ni lah. Kenapa tak percaya? cubalah... Apa tu imaginasi ? kalau orang kampung bilang angan-angan lah.. berkhayal lah.. itu semua iras macam ber imaginasi lah. Tapi bagi aku imaginasi ni satu perkara yang kreatif dan boleh menjadikan diri ni sebagai pemenang,hehe.. (ayat untuk orang yang rasa dirinya di rendah-rendahkan). Bagaimanapun, dalam sesuatu perkara apalagi jika melibatkan perasaan atau emosi jika kita ber imaginasi kan sesuatu yang positif (+) maka secara automatic nya kita akan merubah diri kita ke arah yang leb...

Maafkan Aku

Dan bila esok datang kembali Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda Dan perlahan kau pun lupakan aku Mimpi burukmu Dimana telah ku tancapkan duri tajam Kaupun menangis Menangis sedih Maafkan aku  Dan bukan maksudku Bukan inginku m elukaimu  Sadarkah kau di sini ku pun terluka Melupakanmu Menepikanmu Maafkan aku  Lupakan saja diriku Bila itu bisa membuatmu Kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala  Caci maki  saja diriku Bila itu bisa membuatmu Kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala