Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Teks Ucapan MC Kahwin

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim Yang dihormati Ayahanda Rashid bin Hj Imam Zainuddin & Bonda Normah binti Osman selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Kakanda saya Mohd Norashdi b Rashid dan Baynah Naim Lim, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Saya, Siti Norizan Rashid selaku pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan Mohd Norashdi Rashid dan Baynah Naim Lim. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Burung Nuri hinggap di balai Tempat berehat rakan dan taulan Duduk ters...

Hari Raya Korban

Bismillahirrahmanirrahim Bila bergemanya takbir raya malam sebelum Hari Raya Aidil Adha, sayu..perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan, terbayang pengorbanan muslimin dan muslimat di seluruh dunia, berjuang bukan untuk suatu kehidupan tetapi lebih kepada satu niat yang jitu. Allahuakbar..Allahuakbar.. Perjuangan yang suci, murni seumpama pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ismail 'alahi salam dan Nabi Ibrahim 'alahi salam. Salam Aidil Adha buat semua :')

Tembak vs Goreng

Bismillahirrahmanirrahim Aku tembak kalau objektif Aku goreng kalau esei.. Apa nak jadi lah dengan namanya pelajar Tidak kisahlah orang tu Bijak ataupun kurang bijak Dua-dua pun kali 5 Eh, budak tu skema la Tak mungkin dia buat kerja tiru-tiru ni Eh, budak tu pandai giler  Tak sangka pula buat kerja-kerja 'keji' macam tu Macam-macam betulkan Kenapa aku cerita macam ni ya? Sekarang sudah masuknya waktu midterm untuk semua warga kampus JADI? Selamat Mengulang Kaji :)

Sesi 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim 2 Sept 2011, Kota Kinabalu - Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.. sob3.. sedih juga, hari raya tak sampai lima di jari.. sudah berangkat ke kampus. Semua ini, demi tanggungjawab sebagai salah satu pelajar yang bertugas mengurus hari kemasukan pelajar baru ke kampus sesi 2011/2012. Menongkat dagu sambil berfikir, apa yang akan berlaku sebelum, semasa dan selepas Minggu Suai Mesra.. sebenarnya tarikh-tarikh tersebut sudah pun dilalui. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. biasalah ada pelbagai perkara yang boleh diambil sebagai kenangan serta pengalaman, tidak kisahlah jika ianya bercampur dengan konflik serta krisis yang sememangnya semulajadi untuk dijalani. Apa-apapun, tanggungjawab serta amanah yang diberikan harus ditunaikan dengan cekap serta berkualiti. Oleh itu, pada tahun/semester ini keluarga Unit Publisiti dan Kewartawanan membuat transformasi dari sudut penyebaran bahan berita yang mutakhir khususnya kepada Generasi-Y saat i...

Hari Raya Puasa

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Hari Raya buat Ibubapa yang saya kasihi, Adik beradik yang saya sayangi, Sanak saudara yang jauh dan dekat mohon silap dan salah dimaafi.. Buat semua sahabat semoga ukhwah kita sentiasa terjalin dan berkekalan, insyaAllah :-)

masa yang diluang @ terluang?

Bismillahirahmanirahim tik.. tok.. tik.. tok.. sekarang masuknya waktu bangun bagi harini dan insya Allah juga pada hari esok yang sama2 jg waktu dengannya jarum pendek jam di angka 10 jarum panjang di angka 6 (am) sudah jadi kebiasaan bila masa yang 'diluang' menjadi 'terluang' biasanya ahli akademik menterjemah ter- sebagai perkataan 'tidak sengaja' err... kalau salah tolong betulkan mungkin sudah menjadi rutin bila diri ni balik ke kampung halaman apatah lagi dengan suasana persekitaran yang tidak 'kritikal' dan 'mencemaskan' buat diri ini relaks serelaks relaksnya.. waktu terasa lambat begitu..sehingga diri ni tidak tahu 'menyedar'kan diri sendiri hampir sebulan ini langkah pertama (siapkan draf tesis) belum lagi nampak hasilnya yang menghairankan langkah kedua dan ketiga..ZOOOOOOMMMMMM...SIAP! pelik lagi bertambah gusar akan perancangan tidak terlaksana dengan sesempurna yang disangkakan. A...

Geng Cepat

7 Jun 2011, 7.30am Tarikh dan masa masuk kerja ( part time ) Nama kompeni : Cepat Foto (HQ), Cromex dan Qss Deskripsi kerja : melayan kustomer (pilih gambar beliau nak cuci dan bagi gambar sudah siap), menyusun gambar di dalam album,  menulis resit cash bill , menghantar filem ke Sandakan Foto untuk dicuci dsb Bismillahirahmanirahim... baiklah..dari perkara yang ditulis di atas mesti rakan-rakan pembaca sudah tahu serba sedikit mengenai tempat kerja saya :) cuti dua kali sebulan, gaji RM 350 sebulan, dll. Adapun yang sebenarnya ingin  dikongsikan bukanlah mengenai perkara tersebut tetapi lebih kepada kawan-kawan yang baharu :) sepanjang nak hampir sebulan bekerja di kedai Cepat Foto ini pelbagai kawan yang saya kenali kira-kira adalah lebih daripada 10 pekerja di kompeni foto tersebut. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka, mari saya sebutkan nickname2 beserta karakter : Kak May - Antara pekerja yang paling lama lama dan masuk berpulu...

Balik Kampung!

Perjalanan jauh tak ku rasa Kerna hati ku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata Nun menghijau gunung ladang dan rimba Langit nan tinggi bertambah birunya Deru angin turut sama berlagu Semuanya bagaikan turut gembira Balik kampung oh oh...( 3X ) Hati girang Ho ho... Balik kampung (3X) Hati girang Terbayang wajah-wajah yang ku sayang Satu-satu tersemat di kalbu Pasti terubat rindu di hati Menyambut kepulangan ku nanti (lirik lagu balik kampung - Almarhum Sudirman) Alhamdulillah selesai sudah  mengikuti progam induksi psm (pembimbing suai mesra) kini aku selamat sampai di 'rumahku syurgaku' seronoknya berada di kampung halaman rindupun berbalas jua :) biarpun ramai di antara rakan-rakan seperjuangan yang lebih awal kembali ke pangkuan keluarga aku tidak menyesali keputusan untuk bersama-sama rak...

Selamat Hari Dilahirkan :)

Selamat hari lahir Selamat hari lahir Selamat hari lahir Ijan/Izan/Along Selamat hari lahir tup tup tup sudah masuk tahun ke-22 aku dilahirkan di dunia ni Alhamdulillah Syukur Puji-pujian bagi Allah yang telah memanjangkan umur hamba-Nya ini Bismillahirahmanirahim... langkah ku dimulakan dengan menyebut nama Tuhan Pencipta Alam doa dipanjatkan semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya kebetulan hari ini adalah hari 'peperangan' sama ada sudah siap sedia atau belum Allah Maha Mengetahui respon aku? no comment (jawapan ala2 artis) :) Alhamdulillah selesai berperang aku 'menziarah' bilik kawan di sebelah blok syukur dapat kawan baru lagi, gembiranya hati berbunga-bunga riang sebab utama dapat menjalin silaturrahim menambah bilangan kawan2 solehah (x gitu) :) "Obat Hati ada lima perkaranya Yang pertama baca Qur’an dan maknanya Yang kedua sholat malam dirikanlah Yang ketiga berkumpullah de...

Bila mana

bila mana aku bersungguh ramai yang teruja ramai yang tercabar ramai yang melatah bila mana aku menyepi ramai yang mencari ramai yang menyisih ramai yang simpati bila mana aku terlupa ramai yang mengingat ramai yang mendiam ramai yang tak endah bila mana aku berhenti ramai yang berdiri ramai yang berkata ramai yang memegang bila mana aku sendiri ramai yang disisi ramai yang dipilih ramai yang dikasihi bila mana

I am holding my feeling inside

Sometimes late at night I lie awake and watch they sleeping They lost in peaceful dreams So I turn out the lights and lay there in the dark And the thought crosses my mind If I never wake up in the morning Would they ever doubt the way I feel About they in my heart If tomorrow never comes Will they know how much I loved... Did I try in every way to show they every day That they's my only one And if my time on earth were through And they must face this world without me Is the love I gave they in the past Gonna be enough to last If tomorrow never comes 'Cause I've lost loved ones in my life Who never knew how much I loved them Now I live with the regret That my true feelings for them never were revealed So I made a promise to myself To say each day how much they means to me And avoid that circumstance Where there's no second chance to tell they how I fee...

lihat sana

pernah kamu melihat seorang kanak-kanak di bawah kolong rumah bermain dengan tanah kakinya dan tangannya penuh kudis namun dia masih gembira kerana dia punya rumah punya ayah, punya ibu jadi mengapa yang lain perlu kasihan kepadanya jadi mengapa yang lain perlu geli dengannya pernah kamu melihat seorang kanak-kanak terbaring kaku di atas pasir dia masih hidup cuma hatinya mati seperti mayat hidup, lalat menghurungnya tidak dia hiraukan perutnya kembung, bukan kerana kenyang masyarakat lain tumpang simpati masyarakat lain tidak mahu mendekati masih ramai yang punya hati di sana tapi ragu untuk melihat ke sana masih ada yang berhati perut tapi sayangnya ... ada lagi manusia yang tidak berhati  tapi masih mempunyai perut malah perut mereka lebih besar dan kembung daripada kanak-kanak tadi masih ramai yang mementingkan harga diri malangnya setiap yang beharga mudah untuk dijual beli senang untuk...

sebahagian dari kelebihan

sudah dimiliki oleh orang lain aku dapat merasakannya meskipun aku tidak melihatnya pergi bersama insan tersebut,  mestinya dia sangat istimewa dia mesti seorang yang berani, mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi suka melihat kesibukan orang ramai dan mengadaptasi dalam diri sendiri dengan mencerai beraikan setiap kesibukan kepada titip-titip peluang, insan tersebut mesti bijak mencari peluang tidak mudah jatuh, biar orang disekeliling mencemuh dan merendahkan dirinya insan itu mestinya seorang yang kuat kuat mengharung cabaran,  biarpun diri dan akal sentiasa basah dengan keringat  kerana semangatnya  menyala-yala. Benar, aku ingin kembali kepada kelebihan itu tetapi dalam masa yang sama  aku sudah tidak merasakan ianya ada dalam diri lagi ia seakan telah pergi jauh meninggalkan diri separuh daripada diriku seakan hilang malah berharap untu...
Debu - Debu Dosa Album : Damai Munsyid : Hijjaz http://liriknasyid.com Ke arah mana halanya Bagi insan yang terleka Mengejar nikmat dunia Bagaikan hidup selamanya Tak peduli dosa noda Seksa azab neraka Hidup jauh dari rahmatNya Terpedaya pada dunia Pentas ciptaan manusia Terlupa pada segala Mengikut nafsu semata Membiar syaitan beraja Di hati dan juga jiwa Mengejar dunia penuh debu dosa Teguhkanlah iman dalam diri Moga dikau akan merasai Betapa indah nikmat Ilahi Dan yakin kau akan dirahmati Harus kau percaya dengan pasti Dunia tidak kekal abadi Hanya menguji cekalnya hati Sebagai khalifah yang sejati Tak perlu kau meragui Andai teguh keimananmu Pasti bahagia menanti Di akhirat yang abadi Lagu : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records) Lirik : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records) Susunan Muzik : Firdaus Penerbit : Munif Ahmad Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd. greenmoon298...

+ 3K - 1K

Perjalanan pelajar muda masih panjang  insyaAllah... jika umur yang diberi pun masih panjang 5 tahun yang lalu, 3 tahun yang lalu bahkan 2 tahun yang lalu, sedikit demi sedikit perubahan diri mula berlaku malah masa tanpa segan dan silu mula berlalu. Saya dan anda yang masih belajar mari dengar sini.  insyaAllah, jika kita masih diberi keizinan untuk menghirup kehidupan di dunia ini selepas tamat belajar kita akan mula berfikir tentang 3K " + 3 K? " Pertama, Kerjaya Kedua, Kahwin Ketiga, Keluarga " - 1K ? " tapi jangan lupa K yang ini pula ya, tak selesa hidup di dunia dan akhirat kalau tak selesaikannya KUTIP HUTANG : P p/s : Syukur dapat PTPTN, jangan kita jadi kacang lupakan kulit pula lepas kerja.

Emosi yg membawa Penyakit

Saya sakit bila saya merasa kecewa, bila saya gembira saya sihat. bila saya sedih saya akan sakit. Penyakit yang terbawa-bawa oleh emosi yang melampau. Jarang untuk saya menyalahkan orang lain atas kegagalan dan kelemahan yang ada pada diri saya mungkin kerana terlalu menyalahkan diri sendiri akhirnya saya merasa kecewa dengan diri sendiri. "I'm dissapointed, because my self not you". pernah saya terbaca mengenai salah satu punca yang menyebabkan penyakit barah menjalar dalam diri ialah kerana seseorang itu menderita kerana kesedihan, sedih yang berlarutan. menangis dari pagi ke malam dan apabila perasaan sedih itu dipendam dan akhirnya ia membawa penyakit barah yang berkekalan seterusnya mencipta masa depan yang gelap buat diri seseorang tersebut. Benar atau tidak semuanya bermula apabila emosional mula menguasai dan mengawal diri sehingga diri terarah kepada penyakit-penyakit berkenaan. lalu pada siapa yang patut dipersalahkan melainkan dir...

lepas tangan atau 'give up' ?

hari ini sama seperti hari-hari yang lepas, aku lalui rutin hidup sebagai pelajar di kampus menarik? menarik...namun pada hari ini di akhir kelas diri seolah-olah kaku, pandangan sekejap tersedar dan kemudian khayal entah ke mana kenapa? ya..kerana hari ini aku sedang melalui jalan cerita baru namun masih dengan sikap yang sama iaitu tidak berani untuk mengucapkan perkataan "tidak" aku terikat dengan janji yang aku buat sendiri padahal aku baru sahaja mengumumkan secara peribadi untuk berhenti dari menjalani aktiviti kampus dsb aku ingin melalui kehidupan sama seperti rakan-rakanku yang lain melaluinya sebagai pelajar biasa. otak ligat untuk mencari persamaan dalam kehidupan yang dilalui pada tahun-tahun yang lalu sememangnya aku pernah berbuat sesuatu malah pernah juga mengucap perkataan itu sekarang aku beri dua pilihan iaitu sama ada aku perlu berlepas tangan atau 'give up'?